Saturday 5 June 2021

Kemahiran Khidmat Pelanggan #6 - Penggunaan Kaedah Metodologi


Dalam perkhidmatan pelanggan, pekerja yang gopoh tidak dapat melanggan pelanggan dengan baik. Manakala, mempunyai pekerja yang teliti dalam melayan pelanggan akan membantu organisasi memenuhi keperluan pelanggan anda. Justeru, latih pekerja anda untuk menggunakan kaedah metodologi seperti menggunakan carta aliran supaya pekerja anda dapat melayan pelanggan dengan baik.

#AzmiShahrin
#TripleATraining
#HRDFTrainer
#HRDFTrainingProvider
#KursusKhidmatPelanggan
#CustomerServiceCourseKL
#CustomerServiceCourseMalaysia

Kemahiran Khidmat Pelanggan #5 - Kemahiran Penyelasaian Masalah


Pelanggan tidak selalu mendiagnosis masalah yang mereka hadapi dengan betul. Sering kali, ianya terletak kepada staf sokongan untuk mengambil inisiatif meneliti masalah yang dihadapi sebelum menyelesaikan nya. Justeru, kemahiran penyelesaian masalah amat penting kepada staf yang berinteraksi dengan pelanggan.

#AzmiShahrin
#TripleATraining
#HRDFTrainer
#HRDFTrainingProvider
#KursusKhidmatPelanggan
#CustomerServiceCourseKL
#CustomerServiceCourseMalaysia

Kemahiran Khidmat Pelanggan #4 - Kemahiran Komunikasi Berkesan


Khidmat pelanggan pada dasarnya mempunyai 2 skop kerja. Pertama, mereka adalah penyampai suara syarikat kepada pelanggan anda. Ini bermaksud mereka harus memahami bagaimana menerangkan konsep yang kompleks menjadi istilah yang mudah dicerna dan mudah difahami.

Kedua, mereka mewakili keperluan dan pemikiran pelanggan kepada syarikat anda. Contohnya, sebagai seorang pelanggan, mereka tidak ingin mendengar penjelasan panjang lebar mengenai selok-belok untuk menyelesaikan masalah yang mereka hadapi.

Justeru, keupayaan untuk berkomunikasi dengan jelas ketika berinteraksi dengan pelanggan adalah kemahiran utama kerana miskomunikasi dapat mengakibatkan keresahan dan kekecewaan pelanggan. Pekerja khidmat pelanggan yang cemerlang tahu bagaimana menjaga komunikasi mereka dengan pelanggan.

#AzmiShahrin
#TripleATraining
#HRDFTrainer
#HRDFTrainingProvider
#KursusKhidmatPelanggan
#CustomerServiceCourseKL
#CustomerServiceCourseMalaysia

Kemahiran Khidmat Pelanggan #3 - Kecerdasan Emosi


Pekerja khidmat pelanggan yang hebat tahu bagaimana mengaplikasikan kecerdasan emosi. Mereka secara intuitif memahami kemarahan dan kebimbangan pelanggan. Justeru, mereka akan menunjukkan rasa empati mereka dengan berusaha untuk menyelesaikan masalah pelanggan dengan segera. Ini membuatkan pelanggan menjadi tenang dan gembira kerana layanan yang amat baik.

#AzmiShahrin
#TripleATraining
#HRDFTrainer
#HRDFTrainingProvider
#KursusKhidmatPelanggan
#CustomerServiceCourseKL
#CustomerServiceCourseMalaysia

Kemahiran Khidmat Pelanggan #2 - Keupayaan Bertanya, Mendengar & Meneliti


Keupayaan untuk benar-benar meneliti masalah pelanggan amat penting untuk khidmat pelanggan yang cemerlang. Ini boleh dilakukan dengan menanyakan pendapat pelanggan, mendengar & memeliti cadangan pelanggan untuk penambahbaikan servis anda.

#AzmiShahrin
#TripleATraining
#HRDFTrainer
#HRDFTrainingProvider
#KursusKhidmatPelanggan
#CustomerServiceCourseKL
#CustomerServiceCourseMalaysia

Kemahiran Khidmat Pelanggan - Kesabaran


Kesabaran sangat penting bagi profesion perkhidmatan pelanggan. Ini kerana, pelanggan yang menmerlukan khidmat pelanggan sering keliru dan kecewa. Mendengar dan menangani masalah mereka dengan penuh kesabaran akan membantu pelanggan untuk bertenang dan yakin anda akan membantu mereka.

#AzmiShahrin
#TripleATraining
#HRDFTrainer
#HRDFTrainingProvider
#KursusKhidmatPelanggan
#CustomerServiceCourseKL
#CustomerServiceCourseMalaysia

Tips Khidmat Pelanggan #20 - Khidmat Pelanggan Adalah Tanggungjawab Semua


Jika organisasi anda mengutamakan kepuasan pelanggan, maka seluruh tenaga kerja di dalam organisasi tersebut harus peka dengan masalah yang selalu dihadapi pelanggan dan cara menyelesaikan nya. Ianya tidak bergantung kepada seksyen khidmat pelanggan semata-mata, kerana asas khidmat pelanggan itu mudah, iaitu untuk mendengar dan menyelesaikan masalah pelanggan anda.

#AzmiShahrin
#TripleATraining
#HRDFTrainer
#HRDFTrainingProvider
#KursusKhidmatPelanggan
#CustomerServiceCourseKL
#CustomerServiceCourseMalaysia

Tips Khidmat Pelanggan #19 - Memberikan Penghargaan Kepada Pelanggan


Pelanggan amat suka apabila dirinya dihargai. Justeru, tulislah nota ucapan terima kasih atau memberi buah tangan jika mampu. Hal ini akan mengeratkan lagi hubungan anda dengan pelanggan anda.

#AzmiShahrin
#TripleATraining
#HRDFTrainer
#HRDFTrainingProvider
#KursusKhidmatPelanggan
#CustomerServiceCourseKL
#CustomerServiceCourseMalaysia

Tips Khidmat Pelanggan #18 - Menggunakan Data Pelanggan


Jangan bergantung pada firasat dan tekaan apabila anda ingin menilai kualiti khidmat pelanggan anda. Data pelanggan dapat memberi gambaran menyeluruh tentang kualiti khidmat pelanggan. Data ini memudahkan anda untuk membuat keputusan yang lebih baik mengenai penambahbaikan perniagaan anda.

#AzmiShahrin
#TripleATraining
#HRDFTrainer
#HRDFTrainingProvider
#KursusKhidmatPelanggan
#CustomerServiceCourseKL
#CustomerServiceCourseMalaysia

Tips Khidmat Pelanggan #17 - Menggunakan Sistem Bantuan Layan Diri


Khidmat pelanggan yang baik harus sentiasa tersedia 24 jam 7 hari seminggu. Ini boleh dilakukan dengan mereka sistem bantuan layan diri dengan bahan sokongan yang lengkap untuk diteliti dan dimanfaatkan oleh pelanggan anda.

#AzmiShahrin
#TripleATraining
#HRDFTrainer
#HRDFTrainingProvider
#KursusKhidmatPelanggan
#CustomerServiceCourseKL
#CustomerServiceCourseMalaysia