Kursus Perkhidmatan Pelanggan


Tidak kira dalam industri apa anda berada - sama ada sektor kerajaan atau swasta, operasi penjualan atau perkhidmatan, dari pasaraya & restoran, insurans & perbankan kepada industri pelancongan - melayani pelanggan dengan baik ialah keutamaan. Melakukannya dengan baik memastikan kelangsungan syarikat anda dalam keadaan ekonomi semasa. Justeru, khidmat pelanggan yang baik amat penting kepada kelansungan jangka panjang sebuah organisasi.

Jangan Ketinggalan!
Daftarlah Untuk Menghadiri KURSUS PERKHIDMATAN PELANGGAN Ini Sekarang.
Muat Turun Borang Pendaftaran Sekarang
Klik DOWNLOAD
Isi CONTACT FORM, atau HUBUNGI En Shah 01125085983

Kajian Kes 1: Akibat Khidmat Pelanggan Yang Teruk


Tidak rahsia lagi bahawa Ali seorang yang panas baran. Walau bagaimanapun, kerana darah kacukan Kaukasia Melayu dan penampilan yang sangat menarik, dia dilantik untuk menjaga kaunter depan di salah satu syarikat penerbangan komersial tempatan. Untuk bulan pertama, Abu menyelesaikan tugasnya dengan cemerlang.

Walau bagaimanapun, pada bulan kedua, keadaan cuaca yagg buruk memaksa banyak penerbangan antarabangsa ditangguhkan. Ini membuat penumpang antarabangsa marah kerana banyak penerbangan tempatan dibenarkan terbang seperti biasa. Salah seorang penumpang yang terkandas mula membuat kecoh. Ali dan rakannya cuba untuk menenangkan penumpang itu.

Ali cuba mengendalikannya, namun penumpang antarabangsa tersebut mengutuk dan menimbulkan kata-kata kesat seperti "Stupid and Incompetent". Ali yang hilang pertimbangan terus berkata dalam Bahasa Inggeris "Miss, why don't you take those ticket, fold it and shove it up your arse". Penumpang tersebut diam seribu bahasa dan Ali terus meninggalkan kaunternya.

Kes itu dengan cepat menjadi viral setelah salah satu penumpang mengambil video itu dan memuat naiknya di media sosial. Ini telah mencemarkan imej syarikat penerbangan tersebut. Untuk menenangkan keadaan, pihak pengurusan dengan cepat membuat siaran akhbar bahawa mereka akan menamatkan kontrak kerja Ali. Sejak peristiwa ini, Ali mula belajar mengawal emosinya.

Kajian Kes 2: Janji Mesti Ditepati


Amat adalah pengedar kereta secara kecil-kecilan. Seorang pelanggan datang kepadanya dan sangat berminat untuk membeli beberapa minivan untuk kegunaan perniagaan. Amat sememangnya teruja kerana dia dapat menyingkirkan kos inventori yang telah ditanggungnya sekian beberapa lama. Pelanggan meminta Amat untuk menyediakan dokumen-dokumen yang diperlukan untuk pembelian, di mana Amat berjanji untuk menyampaikan dalam masa 1 minggu.

Walau bagaimanapun, Amat termakan janjinya. Mustahil untuk dia menyediakan semua dokumen dalam satu minggu, terutama dokumen yang memerlukan kelulusan dari bank dan beberapa agensi kerajaan. Amat cuba berunding dan memohon kepada pelanggan tersebut untuk memberinya seminggu lagi. Pelanggan tersebut bersetuju walaupun merasa tidak senang.

2 minggu berlalu dan Amat masih tidak dapat menyiapkan dokumentasi tepat pada waktunya. Amat sekali lagi berunding dan meminta pelanggan tersebut memberikannya seminggu lagi. Bagaimanapun, pelanggan tersebut marah dan membatalkan pembelian itu. Bukan sahaja Amat tidak dapat menjual minivan tersebut, tetapi juga menanggung kos dari segi masa dan wang yang dibelanjakan dalam menyediakan dokumen tersebut.

Jangan Ketinggalan!
Daftarlah Untuk Menghadiri KURSUS PERKHIDMATAN PELANGGAN Ini Sekarang.
Muat Turun Borang Pendaftaran Sekarang
Klik DOWNLOAD
Isi CONTACT FORM, atau HUBUNGI En Shah 01125085983

Kajian Kes 3: Kelebihan Khidmat Pelanggan Yang Cemerlang


Yana bekerja sebagai pelayan di restoran makanan segera tempatan. Waktu makan tengah hari adalah masa  paling sibuk. Pelanggan dine in dan drive thru untuk mendapatkan pesanan mereka. Pada para pekerja, jam makan tengah hari adalah yang paling mencabar. Semua kudrat mereka digunakan untuk melayani pelanggan.

Selepas jam makan tengah hari berlalu, salah seorang pelanggan menghampiri kaunter Yana dan mula memarahi Yana Dia menyatakan bahawa Yana tersalah letak pesanan nya. Ketika diminta menunjukkan resit, dia berkata bahawa dia telah membuangnya. Oleh kerana kekurangan bukti, Yana ingin membidas tuduhan tersebut, namun untuk tidak memburukkan lagi perkara itu. Yana menawarkan untuk menukar makan pelanggan tersebut secara percuma.

Yana juga memohon maaf dengan kepada pelanggan tersebut, dengan mengatakan bahawa dia mungkin telah alpa kerana mengendalikan banyak pesanan. Mendengar ini, pelanggan tersebut mula bertenang dan meminta maaf kepada Yana kerana bersikap kasar. Setelah kejadian tersebut, pelanggan tersebut telah menceritakan hal ini di media sosial. Yana menjadi popular dan dianugerahkan pekerja contoh di premis tersebut.

No comments:

Post a Comment